Madrasah Warga Emas (MAWAR)

Assalamualaikum Warahmatullah

Ibu Ayah, Pakcik Makcik, Haji dan Hajah serta Tuan Puan yang dirahmati Allah..

Salam perkenalan...


Apa itu MAWAR

Mawar adalah singkatan Madrasah Warga Emas. Sebuah institusi pendidikan agama bagi golongan dewasa terutamanya warga emas dan golongan pencen yang mencari dan tercari-cari pengisian usia yang berbaki sebelum ke alam yang abadi.

  • BETULKAN BACAAN AL-QURAN DAN SOLAT KITA
  • FAHAMKAN KITA PERKARA ASAS TERUTAMA PERBETULKAN IBADAH KITA PADA ALLAH



  • Ada yang selepas pencen terpaksa bekerja kembali kerana tuntutan semasa.
  • Ada yang terpaksa dan dipaksa menjaga cucu kerana anak-anak bekerja.
  • Ada yang kesihatannya menurun dan terpaksa tinggal di rumah sahaja.
  • Ada yang berkesempatan berulang alik ke masjid dan sempatlah makan roti canai pagi-pagi.


Macam-macam kan.. ini semua rezeki, dan bagaimana kita syukuri nikmat yang dikurniakan Allah???


Ayuh, jangan tunggu lagi..carilah masa anda dan kita untuk kembali belajar mengenal agama dan memperbaiki diri???


Penubuhan MAWAR ini atas rasa tanggungjawab sesama insan, kita melakukan dakwah dan talim  memandangkan belum ada pengajian khusus bagi golongan dewasa dan warga emas sedangkan kawasan ini semakin berkepadatan tinggi dengan penduduk. Ianya satu fardhu kifayah buat warga BSP mewujudkan sekolah agama dewasa ini bukan hanya untuk anak-anak bahkan golongan dewasa.


Siapa kami

Madrasah Warga Emas(MAWAR) diasaskan oleh Yang Berbahagia Ustaz Najmi Bin Yahya, Ketua Imam Masjid Bandar Seri Putra dan juga Ustaz Mohd Fakhrurrazi Bin Mohd Hanapi(Pencetus Ummah Razi). Memiliki pengalaman bukan sekadar menjadi imam dan menguruskan hal ehwal Islam penduduk sekitar bahkan menguruskan sekolah agama di Bandar Baru Nilai, Seremban lebih daripada 14 tahun.



Ustaz Najmi Bin Yahya (al-hafiz)

Ketua Imam Masjid Bandar Sri Putra

  • Ijazah Sarjanamuda Tahfiz Dan Qiraat
  • sedang melanjutkan pengajian Sarjana Pengajian Islam



Ustaz Mohd Fakhrurrazi Bin Mohd Hanapi (al-hafiz)

Pendakwah dan Peguam Syarie

  • Diploma Tahfiz Dan Qiraat
  • Diploma Amalan Guaman Syarie
  • Ijazah Syariah Dan Undang-undang
  • Ijazah Usuluddin Dan Falsafah
  • Sarjana Undang-undang
  • sedang melanjutkan pengajian Doktor Falsafah 
  • sedang melanjutkan pengajian Ijazah Sarjanamuda Psikologi


Bagaimana program ini berlangsung

Insha Allah program akan bermula pada 7 februari 2022 (selepas raya Cina)

Berikut adalah jadual kelas pengajian:(subjek kepada perubahan)

Para pelajar hanya memilih 1 sesi mod pembelajaran sahaja

Sesi Pagi(mod 1)

830 sehingga 1130

IsninAl QuranTafsirTajwid
SelasaAl QuranAsas Fiqh 1Asas Tauhid 1
RabuHafazan Surah LazimSirahHadith

Sesi Petang(mod 2)

200 sehingga 500petang

IsninAl QuranTafsirTajwid
SelasaAl QuranAsas Fiqh 1Asas Tauhid 1
RabuHafazan Surah LazimSirah

Hadith

Sesi Hujung Minggu(mod 3)

200 sehingga 50


JUMAAT MALAMAL QURANTAJWIDTAFSIR
SABTU PAGIHADITHSIRAHASAS FIQH 1 & ASAS TAUHID 1


Syarat-syarat penyertaan

  • Terbuka buat semua
  • Lelaki dan Perempuan
  • Umur 17 tahun ke atas diutamakan penyertaan warga emas
  • Berminat untuk belajar


Silibus Pengajian

Silibus dan buku-buku yang digunakan sudah pasti tidak bercanggahan dengan mana-mana undang-undang dan ahlus sunnah wal jamaah.

Senarai kitab/ silibus yang digunakan:

al-QuranAsas Fiqh 2
TajwidAsas Tauhid 1
TafsirAsas Tauhid 2
HadithBahasa Arab
SirahSeni khat dan Jawi
Asas Fiqh 1Asas Mukmin


Struktur yuran pelaburan pengajian

PendaftaranRM 400
Yuran BulananRM 250


fasiliti Kelas Pengajian kami

  • Papan Putih - whiteboard
  • Kelas berhawa dingin
  • kerusi meja setiap orang
  • peserta tidak ramai 1 kelas


Lokasi kami

Tingkat 1

Atas Bank Simpanan Nasional

(Maahad Tahfiz Darul Muhibbin)

Bandar Seri Putra


Hubungi kami

011 58881540





Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Pendaftaran Madrasah Warga Emas
Yuran Pengajian MAWAR
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN